Jom puasa hari Asyura! | 2-3 Nov 2014
Apa kelebihan berpuasa pada hari asyura?
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْل أخرجه مسلم في " صحيحه "
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Puasa paling afdal selepas bulan Ramadan ialah bulan Allah yang dimuliakan (Muharam). Dan solat paling afdal selepas fardu ialah solat malam.” (Riwayat Muslim)
وعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ أخرجه البخاري في " صحيحه
Daripada ibn Abbas katanya: "Tiada aku melihat nabi terlebih gemar dan bersangatan berpuasa pada satu hari yang punyai kelebihan pada hari lain iaitu Asyura dan (bulan) Ramadhan." (Riwayat al-Bukhari)
وعَنْ أَبِي قَتَادَةَ... وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ أخرجه مسلم في "صحيحه "
Daripada Abi Qatadah: "dan puasa pada hari Asyura akan dihisab oleh Allah, puasa itu akan mengkafarahkan satu tahun puasa setahun sebelumnya." (Riwayat Muslim)
Daripada ar-Rabi’ binti Mu’awwiz , Rasulullah s.a.w. menghantar utusan ke kampung-kampung orang Ansar di sekitar Madinah supaya menyampaikan pesanannya: “Sesiapa yang bangun pagi dengan niat berpuasa pada hari ini (10 Muharam), hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Dan sesiapa yang bangun pagi tidak berpuasa, maka teruskanlah." Ar-Rabi’ berkata: “Selepas itu kami sentiasa berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh anak-anak kecil kami berpuasa. Kami membawa mereka ke masjid dengan membawa bersama permainan daripada bulu. Apabila mereka menangis meminta makanan, kami beri mereka permainan untuk melekakan mereka sehinggalah tiba waktu berbuka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
عن ابنِ عبَّاسٍ رضيَ الله عنهُما قال: صَامَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم يومَ عاشُوراء وأمَرَ بِصِيامِهِ، قالوا: يا رَسُولَ اللهِ! إِنَّهُ يَومٌ تُعَظِّمُهُ اليَهودُ وَالنَّصَارَى. فَقالَ رسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : فَإذا كَانَ العامُ المُقْبِلُ، إِن شَاءَ اللهُ، صُمْنَا اليَومَ التَّاسِع »قال: فَلمْ يَأتِ العامُ المُقْبِلُ، حَتَّى تُوُفِيَّ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم رواه مسلم
Daripada ibn Abbas r.a katanya: "Rasulullah berpuasa pada hari Asyura dan menyeru agar berpuasa pada hari itu." Lalu para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari itu adalah hari kebesaran Yahudi dan Nasrani." Lalu kata Rasulullah: "Apabila tahun hadapan menjelang dengan izin Allah, kita akan berpuasa pada hari ke sembilan." Berkata Ibn Abbas: "Tidak sampai tahun hadapan sehinggalah nabi diwafatkan." (Riwayat Muslim)
JOM PUASA HARI TASU'A (2 November - Ahad) dan HARI 'ASYURA (3 November - Isnin)
0 comments:
Post a Comment