.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Sesekali di Uji..

|


Kehidupan kita sebagai Manusia tak terkecuali daripada Ujian dan Cabaran. Allah sentiasa menguji Manusia dengan pelbagai ujian, apatah lagi orang Islam yang beriman kpd-Nya.

Setiap yang direncanakan oleh Dia mesti ada hikmah dan kebaikkan tersendiri kan..tak kan Allah nak uji kita saja2..mustahil bg Allah melakukan sesuatu perkara kalau tanpa sebab dan maksud tertentu. Mungkin Allah nak uji kesabaran dan kepercayaan kita kpd-Nya, samada kita sabar atau sebaliknya. Sangat beruntungla bagi mereka yang bersabar..

Kita sebagai hambanya sepatutnya tidak mempertikai dan melawan dengan takdirNya..yela kita hanyalah hamba yang lemah, takda pe2 pun.. Sepatutnya kita harus meyakini setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya. Dia yang mengetahui segala-galanya..

Cuba kita renung dan fikirkan betapa banyaknya kenikmatan dan kesedapan yang Allah berikan kepada kita dari lahir hingga sekarang?? Mesti tidak terhitungkan.. So, sesekali di uji apa salahnya.. Terimalah dengan redho.

Firman Allah bermaksud:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Jelas, ujian Allah bertujuan mendidik manusia agar menghadapi hidup dengan tabah dan yakin kpd-Nya. Nilai keimanan seseorang bergantung sejauh mana kita sanggup mengharungi pahit getir hidup dengan bersabar.

Begitulah kelebihan sifat sabar yang bukan sahaja menjanjikan kejayaan di dunia bahkan kenikmatan di akhirat.Kesabaran seharusnya menjadi teras yang melatari serta menunjangi hidup kita agar kejayaan dunia dan akhirat akan menjadi milik umat Islam seluruhnya.

“ Jika Allah cepat memakbulkan doamu, Dia menyayangimu,
Jika Allah lambat memakbulkan doamu, Dia sedang mungujimu, tetapi,
Jika Allah tidak memakbulkan doamu, Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu..”

4 comments:

piNky LuCiA said...

ujian adalah makanan kehidupan.. kalau tak de ujian.. tak manis laa hidup.. asyik smooth je hidup.. tak de pe yg menarik kalu macm 2.. huhu

FarHa said...

betul tu wan....mcm ha la..mcm2 dah diuji..tp so farh alhamdulillahh idup ag sekrg nih...

debest_thinker said...

Agi idup Agi apa yer..lupe..hehehe mengelaban ker..

piNky LuCiA said...

agi hidup.. agii ngelaban laa bang..

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB