.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

PERKONGSIAN BERSAMA

|


Air dan angin adalah antara "tentera" Allah. Banyak kisah terakam dalam Al-Qur'an mengenai kemusnahan akibat kedatangan angin dan taufan yang kencang, serta air bah yang laju dan deras. Kedua-duanya memusnahkan.

Melihat kerosakan dan kemusnahan yang amat banyak, sangatlah wajar untuk kita yang sihat dan perkasa ini, menghulurkan tenaga membantu mereka yang sedang diselimuti derita. Kampung dan kediaman persis bandar dan rumah tinggal.

Saya kongsikan catatan murabbi kami di UIAM, Puan Martinelli Hashim, mengenai adab menjadi sukarelawan. Hanya orang yang layak bisa menjadi pembantu, kerana dia tahu, bantuan itu diberikan semata-mata kerana Allah yang satu.

1) Sebelum pergi, solat dua rakaat, bersihkan hati, berdoa agar diberi petunjuk dan hikmah daripada Allah. Mudah-mudahan, apa yang bakal dilakukan dapat memberi manfaat kepada mangsa.

2) usah pergi sekiranya ia lebih menyusahkan daripada membantu.

3) Mereka yang ditimpa musibah biasanya sangat sensitif. Pastikan kehadiran kita bukan sebagai penonton sebagaimana orang melihat haiwan di zoo. Rendahkan hati, ringankan tulang, bukakan mata dan telinga sehingga mangsa berasa mereka adalah insan istimewa dengan bantuan kita.

4) Usah terlalu memilih siapa yang perlu dibantu, kerana sakit bencana sama sahaja, walau mereka berlainan fahaman politik, bangsa dan agama.

5) Usah menyebut siapa kita sekiranya tidak amat perlu. Apa yang diperlukan adalah bantuan kita, bukan nama atau pangkat kita.

6) Bawa buah tangan seperti coklat dalam kocek atau beg untuk diberikan apabila bertemu dengan kanak-kanak. Ia boleh menggembirakan mereka.

7) Bawalah keperluan peribadi yang diperlukan supaya kita tidak menyusahkan orang lain.

8) Utamakan membantu orang tua. Dekati mereka dengan penuh rasa hormat dan cinta.

9) Usah merasa diri atau kumpulan kita yang lebih hebat berbanding orang lain, kerana ia akan merosakkan misi kita. Mangsa memerlukan bantuan dan mereka tidak ada masa untuk memuji dan mengagumi kita.

10) Bertugaslah dengan penuh tawadhu' namun ceria semasa berhadapan dengan mangsa yang sedang kita bantu. Tanamkan rasa sayang tanpa syarat.

11) Jagalah 3 batas utama, iaitu batas pergaulan, batas aurat dan batas masa solat. Ketiga-tiga perkara itu akan membantu kita menjaga batas syariat yang lain.

12) Doakan mereka, kerana doa kebaikan untuk orang lain itu akan diaminkan oleh para malaikat. Imbuhannya, para malaikat juga akan mendoakan kebaikan buat kita yang berdoa.

Kata ulama', di Padang Mahsyar nanti akan ada orang yang sedang dinaungi dan duduk bersenang lenang. Mereka adalah orang yang semasa di dunia sibuk membantu orang lain, di saat orang lain duduk bersenang lenang dengan nikmat dunia.

Indeed, a tiny little love and a small help offered with sense of responsibility, may bring smile to their faces. Selamat mengisi kantung pahala dengan amal soleh. Sama-sama kita membantu

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB