.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

ANALOGI HUDUD

|

Ada pihak yang mendakwa hudud hanya 2% daripada keseluruhan ajaran Islam. Oleh itu tidak perlulah serius dalam perlaksanaan hudud. Kalau tidak ada hudud pun masih lagi negara Islam. Jalankan dahulu soal good governance, keadilan dan demokrasi. Semua itu juga dari ajaran Islam.

Ya, hudud bukan keseluruhan Islam. Bahkan Tuan Guru Ayah Chik dulu lagi pernah sebut, hudud cuma 0.001 peratus dari ajaran Islam. Tetapi ia tidak bermaksud hudud perlu diketepikan.

Walaupum kecil peratusnya, ia umpama paku bagi membina sebuah rumah kayu. Walaupun kecil, tanpanya seluruh bahagian rumah tidak akan bercantum. Sampai bila-bila rumah tidak akan siap.

Hudud adalah paku bagi ajaran Islam. Tanpanya, mustahil teori ekonomi, pembangunan, kemasyarakatan, pentadbiran, pertahanan yang diajar Islam boleh diterapkan dengan baik.

Sama juga mengikut teori politik moden. Jenayah dalam negara merupakan salah satu punca kemunduran ekonomi, sosial dan politik sesebuah bangsa. Pencegahan jenayah adalah suatu fokus yang besar bagi sesebuah negara, dan antara sektor yang mendapat peruntukan tinggi dalam bajet tahunan.

Hudud bermatlamatkan mencegah penularan jenayah dalam masyarakat agar mampu sebuah masyarakat madani yang harmoni dan selamat dari aktiviti jenayah. Hudud menyelamatkan ekonomi, memelihara pendidikan, mengawal pentadbiran dan menangani gejala sosial yang kian membimbangkan.

Persoalan kepada kita; adakah anda berasa selamat hidup di Malaysia sekarang? Adakah anda yakin anak-anak kecil anda boleh dibiarkan bersendirian di luar rumah? Adakah anda yakin isteri atau anak dara anda pulang lewat malam ke rumah dengan selamat tanpa sebarang khabar?

Tambah menghairankan, Malaysia ada undang-undang hukuman lengkap terhadap pesalah jenayah daripada denda sehingga gantung. Tetapi biasanya penjenayah yang telah menerima hukumanlah yang paling banyak meneruskan jenayah apabila. Kenapa mereka tidak serik?

Sedangkan Nabi menjanjikan, apabila Islam tertegak, seseorang boleh membiarkan isterinya merantau sendirian dari Sanaa ke Hadramaut (kira-kira 794km) tanpa takutkan sesiapa kecuali Allah SWT. Di mana lagi boleh dicari keamanan sebegini?

Jika negara ini sudah cukup Islam, ke mana perginya keamanan itu?

(Alang Ibn Shukrimun)

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB