Mejar Zaidi dibuang kerja kerana isu dakwat tak kekal. Tidak mengapa! Mejar Zaidi pun akan mati, orang yang menzalimi beliau akan mati. Sebab itu Allah menjadikan manusia kena mati, supaya mendapat pengadilan sebenar. Di dunia hukuman tidak kekal seperti dakwat yang tidak kekal, tetapi di akhirat hukumannya kekal. Hukum
lah sementara kamu berkuasa di dunia.
Saya yakin orang yang terlibat dengan kes ini tidak senang hati. Mungkin di luar mereka senyum tetapi di dalam hati mereka dibalas dengan penyakit keluh kesah sehingga mereka mati. Apa erti wang dan pangkat hebat tetapi tidak ada ketenangan. Ini baru di dunia. Saya doakan Mejar Zaidi dan keluarga diberi kekuatan ketenangan dan kesabaran. HasbunaLlah Wani'malwakil.
Ustaz Idris Hj Ahmad 22 Rabiul Awal 1436/ 13 Jan 2015 Selasa.
0 comments:
Post a Comment