.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Nikah bawah umur...

|

"Adakah dengan saya luluskan permohonan kamu pada hari ini, kamu boleh bin kan anak yang kamu kandung itu dengan lelaki yang meniduri kamu? tidak kan?..Tidak.." jawab plantif (pemohon).

Kes ini berkenaan dengan seorang gadis bawah umur yang telah ditiduri dan sedang mengandung 4 bulan..Jadi keputusan telah dibuat untuk berkahwin jer dengan lelaki tersebut..Nak mintak kelulusan mahkamah bukan mudah..tak kan senang-senang jer hakim nak luluskan permohonan tu..

Yerla orang nak kawin kan.. tak kan mudah2 hakim nak luluskan mcm tu jer... mestila kena soal macam2 dulu.. banyaknya tentang agamala.. nak pulak nak kawin sebab da mengandung sebab telah terlanjur...

Hmm.. mmg bagi orang yang hendak kahwin dan masih lagi dibawah umur mesti terlebih dulu minta kebenaran daripada mahkamah.. dan anak diluar nikah pun mesti mendapat kebenaran hakim.. bukan dari ayahnya sekaran
g.

"Cuba kamu bace doa kunut" pemohon.. "hanya bediam diri"..
"Baca tahhiyyat akhir"
pemohon.. "hanya bediam diri"..
"Baca fatihah"
pemohon.. cuba membaca..dibaca hingga habis.. tapi kata hakim fatihahnya masih lagi tidak lulus.. jadi hakim bicara masih lagi tidak berpuas hati.. jd kes ini terpaksa ditangguhnya bagi memberi peluang kedua kepada pemohon untuk mendalami ilmu fardu ainya.. hakim akan luluskan permohonan ini sekiranya pemohon telah memenuhi syarat yg telah ditetapkan.

Jadi kepada semua pemuda dan pemudi diluar sana jagalah batas-batas syarak dan jangan sesekali melakukan perbuatan yang sememangnya akan menjurus kepada maksiat dan penzinaan. Seronok hanya sekejap jer.. tapi deritan
ya berpanjangan..

Ada ibu bapa yang datang ke mahkamah untuk mengesahtarafkan anak tersebut kerana tidak mahu anak tersebut di bin kan dengan
"Abdullah". Bayangkanlah anak kandung kita tetapi di bin kan dengan "Abdullah". Kalu anak tersebut masih kecik dan keanak-anakkan takpelah dia tak tahu cerita sebenar. kalu dia dah dewasa dan nak berkahwin nnt mcm mana??

Tak kah malu dibuatnya... ibu-bapa yang menjadi contoh2 kepada anak2 pun dah tercalar dek kerana hanya nak kan keseronokan yang hanya beberapa minit.. dan bagaimana pulak dengan persepsi masyarakat..tapi tak lah nak salahkan ibu dan bapak tersebut seratus peratus.. sbb nyer masa tu kan nafsu dah menguasai diri..
ape2 pun blh berlaku.. tapi ape2 hal pun sebelum terjebak ke kancah tersebut baiklah jaga diri yer..

4 comments:

piNky LuCiA said...

kalau ayah benarkan anak nikah pun, kena mintak ngan mahkamah jugak eh?

debest_thinker said...

Yer mesti kena mintak ngan mahkamah jugak sebab masih bawah umur..hmm kalau ikut Islam tak yah..

tapi..itu adalah prosedur undang2 jadi terpaksa kena ikutla..mcm gak org nak kawin, terpaksa amik kursus dulu kan??

piNky LuCiA said...

huhu.. kekadang terasa undang2 itu menyusahkan orang je.. huhu

debest_thinker said...

Hmm mmg..tp kadang2 jer kan menyusahkan?? betul tak? bayangkan kalu idup tak peraturan dan undang2?
huru hara tak?

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB