Sibuk sekarang ni org nak tulis tentang merdekakan? Hmm takpela..tak salah kalu nak sambut merdeka..tapi sekurang2nya atau sikitpun jadila, kena faham gak kan ape erti kemerdekaan yang sebenar..
Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bersejarah kepada warga Malaysia Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa kerana mengekalkan nikmat kemerdekaan dan keamanan negara sehingga ke saat ini.
Namun hakikatnya, kita hanyalah merdeka dari segi lahirriah (luaran) sahaja. Setuju atau tak buktinya, jiwa, pemikiran, budaya, dll..masih lagi terpengaruh dengan ideologi barat yang rosak. Lihatlah contoh disekeliling kita pada hari ini, ada dikalangan anak muda dan termasuk juga org dewasa mahupun tua, budaya, pemikiran dan ideologi mereka masih dibelenggu kemungkaran dan hiburan semata-mata.
Apakah kita telah merdeka dalam erti kata yang sebenarnya?? perkataan "lu pikirla sendiri" mungkin tidak sesuai untuk digunakan disini...perkataan "kita kena sama2 fikir" lebih rasional untuk digunakan dalam isu ini. Sbb inikan melibatkan masalah masyarakat umum. Jadi kita pun bertanggungjawab untuk menyelamatkan umat. Kita akan ditanya berkenaan perkara ini..
Ada satu artikel yang aku bca dan aku tertarik dengan perkataan ini :
"Apa erti bendera dikibarkan, sekiranya yang mengibarkan itu berjiwa penagih? Apa erti berbaris, selepas perbarisan itu mengadakan lumba haram? Apa erti sekiranya bersatu ketika perbarisan sekiranya rumah tangga berkecai tanpa kasih sayang? Suara lantang memekik merdeka, merdeka, sedangkan suara itu juga yang memaki hamun anak dan isteri dan suara itu juga yang memaki ibu bapa.
Kita boleh belajar daripada barat, tetapi janganlah sampai memalukan seperti berlaku kepada sesetengah remaja kita, belum dapat ilmu tetapi jiwa mereka sudah berjiwa barat.Jika dibandingkan dengan orang dulu, mereka berjuang di atas jalan yang betul, mati juga di jalan betul. Tetapi remaja kita mati di jalan lurus, sebabnya lumba haram. Tidak boleh tengok jalan lurus, mereka pecut".
Berkata seorang ilmuan Islam : “Telah pergi orang Inggeris yang berkulit merah namun masih kekal Inggeris berkulit sawo matang”. Sawo matang tu sape??ha yang ni baru la sesuai nak guna, lu fikirla sendiri..sape makan cili terasala pedasnya.
Sempena ulang tahun kemerdekaan kali ini, marilah kita sama-sama menyambutnya dengan penuh pengertian dan kesedaran serta dengan penuh kesyukuran kpdNya.
- Merdekakan jiwa dari kebatilan.
- Merdekakan minda dari kejahilan.
- Merdekakan perbuatan dari maksiat.
- Merdekakan akal dari kejumudan.
- Merdekakan hati dari buruk sangka.
- Merdekakan iman dari kekufuran.
- Merdekakan keluarga tanpa kasih sayang.
- Merdedakan Masyarakat dari kealpaan..
Semoga dengan memahami erti sebenar kemerdekaan , akan menambahkan keberkatan kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT;
Maksudnya: “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,
tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi...(al-A’raaf: 96)
1 Comentário:
selamat hari merdeka.. :P
Post a Comment