Globalisasi ini sebenarnya ada baiknya dan buruknya..tetapi hakikatnya globalisasi menurut Prof. Dr.Yusuf al-Qardawi ia amat merugikan umat Islam secara umumnya. Ini dapat dilihat daripada beberapa ciri-ciri globalisasi itu sendiri :
1. Bersiifat tanpa batasan
Dunia tanpa sempadan menjanjikan pelbagai peluang dan dugaan yg bakal dimanfaatkan oleh manusia. Ia juga sebagai suatu proses di mana sempadan negara-negara termasuk negara umat Islam semakin runtuh dan seluruh alam ini semakin berubah menjadi suatu unit.
2. Wujud Unsur-unsur Sains dan Teknologi
Sifat globalisasi yang berasaskan unsur-unsur sains dan teknologi merupakan tempias daripada kehebatan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi komunikasi dan satelit yang mendominasi ruang lingkup hidup manusia kini. Ini bermakna mana-mana masyarakat di planet Bumi ini terdedah secara terus-terusan kepada terobosan apa juga bentuk penyiaran asing tanpa boleh dibuat sebarang tapisan secara berkesan.
3. Wujudnya Elemen Dominasi (Penguasaan)
Globalisasi juga bersifat dominasi iaitu penguasaan sesuatu pihak ke atas pihak yang lain. Elemen dominasi bukanlah suatu perkara baru, malahan sudah lama wujud dan bertapak. Ini kerana, pemikiran Barat adalah pusat dan paksi dunia. Kepercayaan itulah yang dijadikan justifikasi terhadap dominasi Barat ke atas rantau lain yang dianggap sebagai daerah pinggiran.Dominasi ini bukan sahaja melibatkan aspek tamadun, malahan aspek budaya, politik, ekonomi dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment